Home Site Map FAQ Contact Us
CTRM
 
 

Press Release

 

CTRM Av, Wigetworks lancar Airfish 8
Oleh MISROM MATLEHAM
Melaka Hari Ini

Bandaraya Melaka, 27 Okt – Melaka menjadi lokasi pengeluaran produk ‘Marin Wing-in- Ground’ berasaskan AirFish 8 iaitu komposit ringan pertama didunia menerusi kerjasama strategik diantara CTRM Aviation Sdn. Bhd. dengan Wigetworks Pte. Ltd. yang dimeterai
hari ini.

Majlis pemeretaian perjanjian diantara Ketua Pegawai Eksekutif CTRM Aviation, Abd Razak
Mohammad Zin dengan Pengurus Besar Wigetworks, Kenneth Tan Khoon Tuan telah
disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada upacara ringkas yang
berlangsung di Hotel Casa Del Rio.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTRM, Datuk Rosdi Mahmud; Pengarah
Wigetworks, Ng Kim Hoo serta Ketua Eksekutif Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
(KAYM), Datuk Saroni Judi.

Sementara itu Rosdi dalam sidang media memberitahu, inisiatif bagi jalinan kerjasama
eksklusif itu meliputi perjanjian permulaan menyiapkan satu unit pengangkutan marin
berkenaan bagi versi prapengeluaran dengan nilai kontrak berjumlah RM5.5 juta.

Katanya, unit prapengeluaran itu yang mempunyai lapan tempat duduk, dijangka siap
menjelang 2013 selepas kerja penghasilan peralatan dan acuan bagi pengangkutan
berteknologi tinggi itu selesai pertengahan tahun depan.

“Kita mensasarkan kontrak bagi usahasama membangunkan produk pengangkutan ini dapat
dikembangkan kepada penghasilan sekurang-kurangnya satu unit sebulan dengan jangkaan
nilai kontrak lebih RM100 juta,” katanya.

Rosdi menjelaskan, teknologi merekabentuk AirFish 8 dibangunkan dengan menggunakan
kepakaran Wigetworks manakala pembuatannya dilakukan oleh CTRM Aviation.

Beliau optimis dengan potensi AirFish 8 yang bakal meraih popularity dan permintaan
daripada industri berkaitan di Malaysia dan rantau ini.

“Kita akan bekerjasama dengan Wigetworks bagi membolehkan prototaip AirFish 8 dibawa
ketika demonstrasi produk sempena LIMA 2011 di Langkawi pada 6 hingga 10 Disember
ini,” katanya.

Manakala Tan pula berkata kenderaan air berkenaan direkabentuk bagi menghasilkan
pengangkutan berkelajuan tinggi, selamat dan efisien dari segi penggunaan tenaga sertamasa ketika pemanduan.

Katanya, dengan keupayaan terbang setinggi dua hingga enam meter dari paras laut serta
sejauh 500 hingga 600 kilometer, ia sesuai digunakan oleh mereka yang terbabit dalam
industri pelancongan, pengangkutan dari pulau ke pulau, penguatkuasaan maritim dan
pengangkutan kru bagi industri minyak serta gas.

“Sehingga kini, kami menerima maklum balas positif daripada pihak yang berkenaan yang
berminat mendapatkan produk ini,” katanya.

 
 
 
 
Copyright Reserved © 2008, Composites Technology Research Malaysia.