Home Site Map FAQ Contact Us
CTRM
 
 

Press Release

 

CTRM Av, Wigetworks lancar Airfish 8
Oleh RASUL AZLI AHMAD
BERITA HARIAN

CTRM Aviation Sdn. Bhd. (CTRM Aviation) , pembekal perkhidmatan dan produk industri penerbangan, menjalin kerjasama ekslusif dengan Wigetworks Pte. Ltd. (Wigetworks) bagi membangun dan membekalkan pengangkutan marin wing-in-ground, berasaskan komposit ringan pertama didunia yang dikenali sebagai Air-Fish 8.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTRM, Datuk Rosdi Mahmud berkata inisiatif jalinan
kerjasama ekslusif itu meliputi perjanjian permulaan menyiapkan satu unit pengangkutan
marin berkenaan bagi versi prapengeluaran dengan nilai kontrak berjumlah RM5.5 juta.

Katanya, unit prapengeluaran itu yang mempunyai lapan tempat duduk, dijangka siap
menjelang 2013 selepas kerja penghasilan peralatan dan acuan bagi pengangkutan laut
berteknologi tinggi itu selesai pertengahan tahun depan.

“Kita menyasarkan kontrak bagi usahasama membangunkan produk pengangkutan ini dapat
dikembangkan kepada penghasilan sekurang-kurangnya satu unit sebulan dengan jangkaan
nilai kontrak berjumlah lebih RM100 juta.

Pada majlis itu CTRM diwakili Ketua Eksekutif CTRM AV, Abd Razak Mohammad Zin
manakala Wigetworks diwakili Pengurus Besarnya, Kenneth Tan Khoon Tuan sambil turut
disaksikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Mengulas lanjut, Rosdi berkata teknologi mereka berbentuk AirFish 8 dibangunkan dengan
menggunakan kepakaran Wigetworks, manakala pembuatannya dilakukan CTRM AV.

Beliau optimis dengan potensi AirFish 8 yang bakal meraih popularity dan permintaan
daripada industri berkaitan di Malaysia dan rantau ini.

“Kita akan bekerjasama dengan Wigetworks bagi membolehkan prototaip AirFish 8 ketika
demonstrasi produk sempena LIMA 2011 di Langkawi dari 6 hingga 10 Disember ini”,
katanya.

Sementara itu, Tan berkata, kenderaan air berkenaan direkabentuk bagi menghasilkan
pengakutan berkelajuan tinggi, selamat dari segi penggunaan tenaga serta masa ketika
pemanduan.

Katanya, dengan keupayaan terbang setinggi dua hingga enam meter dari paras laut serta
sejauh 500 hingga 600 kilometer, ia sesuai digunakan oleh mereka yang terbabit dalam
industri perlancongan, pengangkutan dari pulau ke pulau, penguatkuasa maritim dan pengangkutan kru bagi industri minyak serta gas.

“Sehingga kini, kami menerima maklum balas positif daripada pihak berkenaan yang
berminat mendapatkan produk ini,” katanya.

 
 
 
 
 
Copyright Reserved © 2008, Composites Technology Research Malaysia.