Home Site Map FAQ Contact Us
CTRM
 
 

Press Release

 

CTRM BINA COWL KIPAS

COMPOSITES Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM), syarikat tempatan yang membuat struktur aerokomposit untuk pembuat pesawat utama dunia, menandakan pengeluaran pertama cowl kipas bagi Boeing 787 Dreamliner untuk Goodrich Corporation pada satu majlis ringkas di Melaka, baru-baru ini.

Cowl kipas adalah bahagian tengah enjin pesawat sementara Goodrich Corporation (Goodrich) yang berpangkalan di Amerika Syarikat adalah sebuah syarikat Fortune 500 yang membekalkan sistem dan perkhidmatan kepada pasaran aeroangkasa, pertahanan dan keselamatan global.

Pakej tempahan itu adalah struktur komposit terbesar yang dikeluarkan CTRM.

“Pencapaian ini begitu bermakna kepada CTRM dalam strateginya untuk mendapatkan lebih banyak pakej tempahan dari Goodrich dan pembekal lain untuk program kapal terbang dan komponen lain yang lebih besar untuk pesawat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CTRM, Datuk Rosdi Mahmud dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Kerja pembuatan cowl kipas itu dibuat sepenuhnya di kilang terbesar CTRM di Batu Berendam.

Harian Metro (Bisnes)
Jumaat 25 Feb 2011

 
 
 
Copyright Reserved © 2008, Composites Technology Research Malaysia.