Home Site Map FAQ Contact Us
CTRM
 
 

Press Release

 
LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN KE KAWASAN OPERASI PESAWAT TERBANG TANPA PEMANDU NEGARA

Labuan, 19 Januari 2009:Unmanned Systems Technology Sdn Bhd (UST) menerima kunjungan hormat dari Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, YB Datuk Wira Abu Seman di Semporna sempena lawatan kerja 3 hari di Tawau.

Lawatan YB Datuk Wira Abu Seman adalah merupakan sebahagian dari lawatan ke kawasan operasi adalah untuk meninjau dangan lebih dekat lagi corak dan pengoperasian pesawat taktikal tanpa pemandu negara, ALUDRA dalam Ops Pasir. Turut menerima kunjungan Timbalan Menteri Pertahanan, yang diiringi oleh Panglima Angkatan Bersama, Leftenan General Datul Allatif Mohammad Noor ialah Pengarah Eksekutif UST, Datuk Rosdi Mahmud, Lt. Kol. (B) Zulkifli Daud, Pengurus Besar UST dan En Wan Abd Halim Abd Majid, Pengurus Besar Kanan, Pembangunan Perniagaan.

Menurut YBhg Datuk Rosdi Mahmud, UST telah banyak mendapat bantuan dan sokongan dari pihak Kementerian, terutamanya dari pihak Markas Angkatan Bersama dalam menyediakan perkhidmatan pesawat taktikal tanpa pemandu ALUDRA sejak 15 Oktober 2008. Kejayaan ini juga adalah dari sokongan serta kerjasama yang telah diberikan oleh Markas Angkatan Bersama dalam membantu pihak UST mengenalpasti akan kehendak dan ciri-ciri pesawat taktikal tanpa pemandu yang sesuai untuk digunakan dalam Ops Pasir.

Kontrak antara UST dan pihak Kementerian Pertahanan adalah untuk selama 2 tahun. Namun begitu, tahap perkhidmatan serta keupayaan yang telah dipamerkan oleh ALUDRA, pihak UST berkeyakinan bahawa kontrak ini akan dilanjutkan oleh pihak Kementerian Pertahanan. Ini membuktikan bahawa ALUDRA atau ‘Malaysian UAV’ telah mendapat pengiktirafan serta penarafan operasi dan sesuai untuk digunakan oleh semua cawang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, PDRM, KDRM, Imigresen dan pihak Maritim Malaysia. Ini merupakan pengiktirafan terhadap pencapaian teknologi dalam bidang pertahanan negara memandangkan teknologi UAV dari negara luar amat sukar untuk diperolehi serta melibatkan kos yang amat tinggi. Hasil dari kejayaan ini, pihak UST juga akan turut mempelbagaikan fungsi ALUDRA serta meluaskan skop penggunaannya ke bidang komersial.
“Perkhidmatan operasi ALUDRA ini terbahagi kepada 3 fasa. Fasa 1 selama 6 bulan, Fasa 2 selama 6 bulan dan Fasa 3 selama 1 tahun. Setiap fasa akan ada peningkatan dari segi masa penerbangan pesawat, jarak penerbangan pesawat dan keupayaan ‘payload’,” sambung Rosdi.

Tambah beliau lagi, dengan pengoperasian ALUDRA, ia dapat melengkapi sistem pengesan darat dan udara serta meningkatkan kawalan persempadanan negara. Sebagai contoh, sistem kamera yang dipasang akan memancarkan gambar/video kawasan yang dipantau secara langsung atau ‘real time transmission’. Maklumat dapat disalurkan dengan lebih cepat ke pasukan darat dan tindakan akan dapat dilakukan dengan segera.

Selain itu, pesawat ALUDRA juga akan memantapkan lagi aktiviti cegah-rintang pasukan keselamatan dan mampu untuk menggentarkan pihak musuh atau anasir-anasir yang tidak diingini dari menganggu gugat keselamtan negara.

Program pesawat tanpa pemandu ALUDRA ini telah mendapat pengiktirafan tertinggi dari pihak pucuk pimpinan negara dengan diiktiraf sebagai Projek Nasional. Ini adalah satu penghormatan kepada UST secara khusus dan kepada syarikat tempatan secara amnya. Penghormatan ini dilihat sebagai sesuatu yang dapat menggerakkan Industri Pertahanan Negara untuk matang dan mencapai status ‘self reliance’ di masa hadapan. Selain itu, pengiktirafan ini juga dilihat sebagai satu titik permulaan terhadap penggunaan pesawat peninjau tanpa pemandu untuk diaplikasikan di bidang sivil dan komersial yang lain seperti perhutanan, pertanian, pembalakan, carigali pertoliam dan gas serta perikanan.

Lebih membanggakan lagi ialh sistem pesawat tanpa pemandu ALUDRA ini adalah hasil titik peluh anak watan kita sendiri. Segala-galanya adalah dicipta dan dibina dengan menggunakan kepakaran anak tempatan kecuali enjin dan sistem penderia yang digunakan.

 

 
 
 
  Copyright Reserved © 2008, Composites Technology Research Malaysia.